Ramai rakyat Malaysia masih kurang peka berkenaan cara yang lebih efektif untuk menyediakan harta warisan bagi orang yang dikasihi tanpa melalui proses yang panjang dan rumit. Kepada yang pernah melalui pengalaman proses faraid, tentulah ianya memberi seribu pengalaman yang amat bermakna dan masa yang lama untuk mendapat tuntutan amatlah memeritkan kerana pelbagai perkara perlu disahkan oleh pihak berkuasa.
Alternatif lain bagi proses ini adalah menyediakan harta warisan melalui simpanan berkala takaful dan menghibahkan kepada orang yang kita kasihi. Proses pencairan aset ini akan mengambil masa selama sebulan sahaja tanpa melalui segala proses perbicaraan oleh pihak berkuasa. Plan takaful ini membolehkan kita menyedia aset terkumpul sebaik sahaja kita melanggan polisi tersebut dan selepas dilulus oleh pihak pengendali takaful.
Untuk menyediakan warisan sebanyak RM1 juta, anda tidak memerlukan bertahun-tahun untuk mengumpulkan aset, tetapi hanya cukup dengan mencarum premium bulanan yang lebih efektif mengikut kemampuan masing-masing.
Sekiranya anda berminat untuk penerangan lanjut, sila hubungi saya untuk sesi temujanji bagi penghuraian lebih mendalam demi memenuhi kehendak spesifik anda. Sekian.